BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

PROGRAM ILP PILIHAN BIJAK 2022

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

??????? “??? ??????? ?????” ???2 ??? ??????????? ????? ????? ?????? ????? ?????? ??????? ??????? ???? ????? ????? ????????? ??????? *??? ??????? ?????* ??????? ????????? ?? ????? : ?????? : *21 ???? 2022 (????)* ???? : *9.00 ???? - 2.00 ??????* ?????? : ??????????? ??????? ??????? (??? ??????? ????????) Turut serta di kaunter pameran : *ADTEC Kulim *ADTEC Taiping *JMTI *ILP Perai *ILP Ipoh *ILP Kangar *ILP Kepala Batas *PSDC *PESDC #jtm #ILJTM #KSM #TVET #tvetmalaysia

 

 
 

ILP KANGAR LAKSANA PEMERIKSAAN, PENDAWAIAN ELEKTRIK PERCUMA UNTUK PENDUDUK PERLIS

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

ARAU, 26 Ogos- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar melaksanakan Program Pemeriksaan dan Pendawaian Elektrik secara percuma di kediaman penduduk kampung khususnya dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan di seluruh Perlis.

Pengarah ILP Kangar, Mohd Yusri Mohd Rahim berkata, sejumlah RM1,500 diperuntukkan bagi setiap rumah untuk program berkenaan yang akan dilaksana oleh enam pelatih dan dibantu enam tenaga pengajar.

"Objektifnya kita nak mereka mengaplikasikan kemahiran yang ada dan menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, secara tidak langsung mempromosikan kemahiran mereka.

Program ini dilaksana secara berkala di semua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat mengenai rumah penduduk yang memerlukan bantuan bagi pendawaian elektrik," katanya selepas Program Bantuan Khidmat Sosial Komuniti di Kampung Padang Benta, Simpang Empat.

Sementara itu Exco Negeri yang juga ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob berharap ILP Kangar dapat terus bekerjasama dengan pemimpin setempat bagi melaksana program khidmat komuniti.

"Saya harap kepada penghuni dan rakyat kawasan DUN Simpang Empat, sekiranya ada masalah untuk pendawaian elektrik, boleh berhubung dengan pejabat saya atau mana-mana agensi yang dapat membantu," katanya selepas meninjau salah sebuah kediaman yang terlibat dengan program berkenaan.

MAJLIS PENUTUP MSR SESI 2/2022

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

Majlis Penutup Minggu Silaturrahim sesi 2/2022 telah berlangsung dengan jayanya hari ini , Jumaat 19 haribulan Ogos 2022. Terima kasih diucapkan kepada penaung MSR, Tuan Pengarah ILP Kangar, Timbalan Pengarah Operasi, Pengerusi Jawatankuasa MSR, ahli-ahli Jawatankuasa, barisan Majlis Perwakilan pelajar ( MPP), kakitangan di ILP Kangar dan juga pelajar-pelajar baru. Dalam majlis ini kumpulan LDK yang berjaya telah mendapat hadiah. Persembahan nyanyian juga dipersembahkan oleh pelajar baru ini. Sekian ducapkan selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN YANG KE-65

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

 
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-65 telah berlangsung di ILP Kangar pada tarikh 12 Ogos 2022 , jam 9 pagi , bertempat di Dewan Kuliah Utama. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Puan Siti Fazlina binti Fauzi. Semua kakitangan berpakaian tradisional ataupun kebangsaan dengan bertanjak, bersampin dan berselendang. Semua kakitangan membawa bendera kecil untuk dikibarkan. Marilah sama-sama kita menyemarakkan semangat kemerdekaan.