MAJLIS PENUTUP DAN SERAHAN SIJIL PESERTA KURSUS MICROSOFT ACCESS
Majlis Penutup dan Serahan Sijil peserta kursus Microsoft Access telah berlangsung pada 24 Julai 2022. Peserta yang terlibat adalah kakitangan Jabatan Penilaian Negeri Perlis. Bilangan peserta yang terlibat adalah 10 orang. Kursus Microsoft Access berlangsung selama dua hari , mulai 23 hingga 24 Julai 2022 bertempat di Bahagian Teknologi Mekatronik. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Azhan . Majlis Penutup ini dihadiri oleh Ketua Jabatan Elektronik , Puan Noraini yang mewakili Tuan Pengarah ILP Kangar.