MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN YANG KE-65

 

 
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-65 telah berlangsung di ILP Kangar pada tarikh 12 Ogos 2022 , jam 9 pagi , bertempat di Dewan Kuliah Utama. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Puan Siti Fazlina binti Fauzi. Semua kakitangan berpakaian tradisional ataupun kebangsaan dengan bertanjak, bersampin dan berselendang. Semua kakitangan membawa bendera kecil untuk dikibarkan. Marilah sama-sama kita menyemarakkan semangat kemerdekaan.