Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,
MAJLIS PENUTUP DAN SERAHAN SIJIL PESERTA KURSUS MICROSOFT ACCESS

LAWATAN JALINAN KERJASAMA ANTARA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR DAN LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)
AKTIVITI KELAB SANTAI ANAK MUDA ILP KANGAR
Pada 23 Julai 2022, hari Sabtu, Kelab Santai Anak Muda ILP Kangar telah mengadakan program mempromosikan ILP Kangar ke Padang Besar. Semua peserta menaiki motor dan berkumpul di lobi ILP Kangar pada pukul 7.00 pagi. Tuan Pengarah telah memberikan taklimat keselamatan dan perasmian pada pukul 7.15 pagi. Pukul 7.30 pagi perjalanan pun bermula. Hentian pertama adalah di Wang Kelian, di mana peserta telah mempromosi dengan mengedarkan risalah . Seterusnya peserta minum pagi pada pukul 9.30 pagi di Gua Kelam. Seterusnya promosi dilakukan di ladang kuda dan burung unta pada pukul 10.30 pagi. Pada pukul 11.30 pagi peserta peserta bergerak ke Restoran Pak Tam Tomyam untuk makan tengah hari. Hentian terakhir adalah di Masjid Solehhuddun Al-Ayubi, Padang Besar untuk solat Zohor berjemaah. Setelah selesai solat zohor, semua peserta bergambar beramai-ramai dan bersurai . Program ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan ILP Kangar di mata masyarakat negeri Perlis ini. Syabas Warga ILP Kangar. Sekian terima kasih.
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
#KSM
#jtm
#ILJTM
PERJUMPAAN BULANAN KAKITANGAN DAN PENGARAH BULAN JULAI 2022
Perjumpaan bulanan antara Pengarah dan kakitangan telah berlangsung pada 20 haribulan Julai 2022 di Dewan Kuliah Utama . Perjumpaan kali ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (TPM). Majlis bermula dengan taklimat insurans wakil insurans . Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis dan lagu Jabatan Tenaga Manusia. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ketua Bahagian TPM, seterusnya ucapan oleh Ketua Jabatan Elektrik & Elektronik. Majlis diteruskan ucapan tuan Pengarah. Akhir sekali, majlis teruskan dengan penyampaian dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo ILP. Majlis bersurai sekitar jam 12 tengah hari. Alhamdulillah telah bertangguh beberapa kali majlis ini berjaya juga dilaksanakan. Sekian terima kasih.