KURSUS: B10 - Sijil Teknologi Mekatronik
PENGENALAN KURSUS:
Kursus Teknologi Mekatronik merupakan kursus yang mempunyai permintaan tinggi dari pelbagai industri pada masa sekarang. Di mana kursus ini mempunyai kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik , elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan dan pendedahan kepada sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini.
TEMPOH LATIHAN:
21 bulan (3 bulan OJT)
KELAYAKAN AKADEMIK:
- Warganegara Malaysia;
- Boleh membaca, menulis dan mengira;
- Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
- Bahasa Melayu;
- Matematik/ Matematik Tambahan; dan
- Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/
- Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERSIJILAN:
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
- Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
KETERANGAN KURSUS:
Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan sistem hidraulik/electro-hidraulik, pneumatik/electro-pneumatik, programmable logic controller (PLC), system automasi industri dan perkakas serta perisian computer industri dan rekabentuk automasi.
PELUANG KERJAYA:
Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya. Para graduan boleh bekerja sebagai Juruteknik atau Juruteknik kanan dalam bidang – bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.