PERUTUSAN PENGARAH

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana dengan izinNya laman sesawang ini berjaya dilancarkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan laman sesawang ILP Kangar di atas usaha cemerlang mereka dalam menyiapkan laman sesawang yang baru ini. Tidak dinafikan laman sesawang memainkan peranan yang penting buat sesebuah organisasi. Oleh yang sedemikian sesebuah laman sesawang mestilah mempunyai maklumat yang mencukupi bagi memenuhi kehendak para pelayar internet. Selain daripada itu laman sesawang juga perlulah mesra pengguna dan dipersembahkan semenarik yang mungkin bagi menarik perhatian para pembaca. Menyedari hakikat ini maka laman sesawang ILP Kangar yang baru ini direka bagi memenuhi kriteria-kriteria tersebut. Semoga para pelayar laman sesawang ILP Kangar mendapat segala maklumat yang diperlukan di sini. Kami juga amat mengalu-alukan komen tuan/puan mengenai laman sesawang ini bagi tujuan penambahbaikan.

Akhir sekali, saya berharap maklumat yang diberikan akan dapat memperkayakan pengetahuan anda mengenai ILP Kangar.

 

Selamat melayari laman web ini.

 

Mohd Yusri bin Mohd Rahim

Pengarah ILP Kangar