LAWATAN JALINAN KERJASAMA ANTARA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR DAN LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

 
Lawatan Jalinan Kerjasama antara ILP Kangar dan MADA pada 26 Julai 2022 jam 9 pagi di Pejabat Wilayah , MADA , Behor Temak, Kangar.
Perkara yang dibincangkan adalah:
a) Perbincangan bersama En.Shuhaizi,Pn.Yusriana,En.Najib,En.Hafizuddin dan Pn.Maizon. Pihak Mada menghadapi kesukaran untuk mengawal pengoperasian pengairan dan saliran di beberapa struktur pengairan di Arau. Kawalan semasa adalah secara manual di mana pekerja pemantau perlu ke lokasi untuk menekan suis pam pengairan semasa kecemasan banjir.
b) En.Izdamunir telah menerangkan cadangan penambahabaikan yang akan dibuat ke atas struktur pengairan dan saliran yang beroperasi secara manual buat masa ini. Cadangan yang diberikan adalah untuk menambahbaik sistem pengumpulan data dan pengawalan pam air secara automatic menggunakan kaedah IOT (Internet Of things).Segala kawalan pengoperasian boleh dibuat melalui Telefon pintar.
c) Kerjasama yang akan disumbangkan oleh pihak Ilp Kangar adalah dalam bentuk bantuan kepakaran dan teknikal.
d) Satu cadangan tarikh lawatan ke tapak Struktur Terusan Utama Arau pada 1 Ogos 2022 (Isnin)
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"