BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

PAMERAN SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2022

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

ILP Kangar telah mengambil bahagian sempena pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Tuanku Syed Putra. Berikut adalah tentatif perjalanan program :
HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN (HPPN) PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2022
• Tarikh : 15-18 September 2022
• Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
• Masa : 10.00 Pagi-10.00 Malam
• Majlis Perasmian: 16 September 2022 (Jumaat) pada jam 3.30 petang oleh YAB Menteri Besar Perlis*

BICARA INTEGRITI DARIPADA SPRM

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Program Bicara Integriti SPRM telah berlangsung pada 15 September 2022 di DKU. Objektif program ini adalah memberi pendedahan tentang kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam.

KOLABORASI BERSAMA SYARIKAT GRAND TEKNIK BINA SDN. BHD.

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Kolabosari bersama Syarikat Grand Teknik Bina Sdn. Bhd. dalam aktiviti kerjasama strategik bagi program Monetizing Workshop untuk menaiktaraf prasarana makmal dan peralatan sediada bagi merealisasikan perlaksanaan program Teknologi Pendawaian Elektrik di ILP Kangar.

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah berlangsung pada 14 September 2022 di DSG. Majlis bermula dengan ketibaan Pengarah , disusuli dengan gimik drone yang membawa bendera Malaysia. Pertandingan kuiz online dijalankan melalui telefon masing-masing. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah , persembahan sketsa , nyanyian, deklamasi sajak dan cabutan bertuah. Akhir sekali sijil dan hadiah disampaikan kepada pemenang . Tahniah kepada AJK dan para pemenang .

SESI PERBINCANGAN BERSAMA JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Satu sesi perbincangan bersama Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk membangunkan projek inovasi automasi pertanian pada tarikh 30 Ogos 2022. Seramai enam orang kakitangan termasuk Tuan Pengarah sendiri terlibat sesi perbincangan ini. Diharapkan dengan kerjasama ini menonjolkan lagi peranan ILP Kangar mata masyarakat setempat.