AKTIVITI KELAB SANTAI ANAK MUDA ILP KANGAR

 

Pada 23 Julai 2022, hari Sabtu, Kelab Santai Anak Muda ILP Kangar telah mengadakan program mempromosikan ILP Kangar ke Padang Besar. Semua peserta menaiki motor dan berkumpul di lobi ILP Kangar pada pukul 7.00 pagi. Tuan Pengarah telah  memberikan taklimat keselamatan dan perasmian pada pukul 7.15 pagi. Pukul 7.30 pagi perjalanan pun bermula. Hentian pertama adalah di Wang Kelian, di mana  peserta telah mempromosi dengan mengedarkan risalah . Seterusnya peserta minum pagi pada pukul 9.30 pagi di Gua Kelam. Seterusnya promosi dilakukan di ladang kuda dan burung unta pada pukul 10.30 pagi. Pada pukul 11.30 pagi peserta peserta bergerak ke Restoran Pak Tam Tomyam untuk makan tengah hari. Hentian terakhir adalah di Masjid Solehhuddun Al-Ayubi, Padang Besar untuk solat Zohor berjemaah. Setelah selesai solat zohor, semua peserta bergambar beramai-ramai dan bersurai . Program ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan ILP Kangar di mata masyarakat negeri Perlis ini. Syabas Warga ILP Kangar. Sekian terima kasih.

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

#KSM

#jtm

#ILJTM