LATEST NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

Pendaftaran Masuk Asrama Pelajar Semester Akhir Sesi 2/2021

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Pada 24 September 2021 jam 9.00 pagi, Perhimpunan Pelajar Semester Akhir Bersama Timbalan Pengarah Secara Atas Talian telah diadakan. Intipati yang disampaikan adalah seperti berikut:-
1. Proses daftar masuk asrama & SOP disampaikan oleh Pn. Zawaher(BPPL).
2. Berkenaan vaksinasi disampaikan oleh En. Sanirwan(BPPL).
3. SOP di asrama disampaikan oleh En Zaimi(Penyelia Asrama).
Alhamdulillah, proses daftar masuk asrama telah berjalan dengan lancar pada 3 Oktober 2021 bermula jam 2.00 petang sehingga 5.45 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan yang terlibat iaitu Ketua Warden & Pegawai SHO (En. Amer), BPPL (Pn. Zawaher & En. Sanirwan), Penyelia Asrama (Pn. Nor Hasnidawati), Warden (En. Noorzaimi & En. Mohd Zulhelmi), dan seterusnya lima orang pengawal keselamatan. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan. Tidak lupa juga jurugambar yang terlibat iaitu Pn. Khairul Rafidah & En. Aedi Asman. Tanpa gambar, tiada kenangan.

Jalinan Kerjasama Antara ILP Kangar dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Pada 23 September 2021, ILP Kangar diwakili oleh En. Mohd Zamri bin Mansor (Timbalan Pengarah Latihan), En. Zulhilmi bin Makhzani (Penolong Pengarah CESS) dan En. Azhan Zamire bin Mukhtar (Pengajar Pakar Mekatronik) telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Perbincangan ini telah di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Pn. Nor Hafizah binti Abdul Rahman.
Intipati lawatan kali ini adalah membentangkan kemajuan Projek Training Cum Production (TCP) antara ILP Kangar dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah iaitu Pembangunan Aplikasi Fruit Track & Trace. Selain itu kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengembangkan lagi skop kerjasama di masa akan datang melibatkan kepakaran yang ada di ILP Kangar.
Semoga lawatan ini akan membuka lembaran kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK (2021-2025)

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

 Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia , Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025). Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok ke atas setiap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Sila layari  http://www.100jutapokok.gov.my .  Mohon membantu dalam mewar-warkan mengenai kempen ini menerusi laman media rasmi masing-masing.

PERHIMPUNAN PELAJAR DAN PENYAMPAIAN HADIAH KO-KURIKULUM

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

 

Tahniah kepada pemenang-pemenang aktiviti ko-kurikulum yang telah dijalankan. Sebanyak 12 pertandingan berjaya dipertandingkan. Antaranya ialah bola tampar lelaki, bola tampar perempuan, futsal, bola jaring, bola sepak padang, Sukaneka Perempuan, Badminton Beregu P, E-Sport PUBG, E-Sport Mobile Legend, E-Sport P.E.S, Virtual Run Lelaki dan Virtual Run Perempuan. Jutaan terima kasih dan kepada semua pihak (staf & MPP) yang terlibat bergading bahu bagi menjayakan aktiviti-aktviti ini. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Tuan Pengarah ILP Kangar, Encik Muhamad Nasir bin Samat dan Timbalan Pengarah Latihan, En Zamri bin Mansor.