BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

Majlis Bacaan Yassin Dan Perpisahan Timbalan Pengarah (Latihan)

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Majlis bacaan Yassin dan perpisahan Timbalan Pengarah (Latihan) iaitu Encik Mohd Bakif bin Ismail telah diadakan pada 10 Jun 2022 di kafeteria ILP Kangar sekitar jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke kafeteria oleh ahli silat yang diwakili oleh pelajar. Setelah itu Timbalan Pengarah ( Latihan ) telah disajikan dengan persembahan pencak silat oleh pelajar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan boleh Tuan Pengarah ILP Kangar , Encik Mohd Yusri bin Mohd Rahim. Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan oleh kakitangan yang diraikan iaitu Timbalan Pengarah ( Latihan ) . Pelbagai juadah disediakan untuk meraikan kakitangan yang akan bersara ini. Persaraan beliau amat dirasai kerana sumbangannya dalam pembangunan institut. Akhir kata , pihak kami mengucapkan selamat bersara kepada Encik Mohd Bakif bin Ismail semoga dirahmati Allah sepanjang masa.

 

PELEPASAN PESERTA KE PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2022

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah telah berlangsung pada 3 Jun 2022 di Dewan Kuliah Utama bermula pukul 10 pagi. Antara agenda dalam majlis ini adalah penyampaian amanat pelepasan peserta ke pertandingan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022. Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul. Penganjuran pertandingan ini membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara. Seramai 6 orang pelajar akan mewakili ILP Kangar ke pertandingan ini dan diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Pelancaran logo baru ILP Kangar juga antara agenda yang terdapat dalam majlis ini. Logo yang baru ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat dan kerjasama dikalangan keluarga ILP Kangar. Sebelum Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah , juga berlangsung Majlis Membaca Surah Yasin Dan Doa Selamat sempena pelepasan peserta ke WSMB 2022 di bilik Mesyuarat Utama ILP Kangar. Pihak kami berharap para peserta akan mendapat pingat kemenangan dalam penyertaan WSMB 2022 ini.

PROGRAM KESEDARAN BERKESATUAN BERSAMA PELAJAR-PELAJAR ILP KANGAR

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

 

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja ( JHEKS ) Pulau Pinang , Kedah dan Perlis telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar semester akhir dan pra- semester akhir bagi memberi pendedahan awal berkaitan hak-hak pekerja dan kesedaran berkesatuan sebelum pelajar-pelajar ini memasuki alam pekerjaan. Pengisian program ini adalah berbentuk fungsi dan peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja serta kepentingan menyertai kesatuan sekerja. Jabatan Tenaga Kerja ( JTK ) juga dijemput berkongsi hal-hal berkaitan hak-hak pekerja di bawah Akta Kerja 1955. Masa , tarikh dan tempat adalah seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 31 Mei 2022
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : DKU ILP Kangar ,Perlis.

Majlis Penyerahan Projek Pemuliharaan dan Menaiktaraf Struktur Fizikal Institut Latihan Perindustrian Kangar, Perlis

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Majlis Penyerahan Projek Pemuliharaan dan Menaiktaraf Struktur Fizikal Institut Latihan Perindustrian Kangar, Perlis
Pada 30 Mei 2022 telah disempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pemuliharaan dan Menaiktaraf Struktur Fizikal Institut Latihan Perindustrian Kangar.
Skop utama projek ini terdiri daripada:
1. Membina Sebuah Bengkel Teknologi Kimpalan
2. Memulihara Dewan Serbaguna
3. Naiktaraf Struktur Fizikal Bengkel Pembuatan (Pemesinan)
4. Naiktaraf Pagar Kawasan
Termasuk juga skop mekanikal & elektrikal berkaitan iaitu Sistem Penyaman Udara, Sistem Pencegah Kebakaran, Fume Extractor System, Sistem Pemasangan Elektrikal & CCTV.
Simbolik Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh Jurutera Awam Kanan Bangunan JKR Negeri Perlis, Ir Law Jia Haur kepada Timbalan Pengarah (Pembangunan Kemahiran) JTM, Tuan Hj Mohd Abd Fatah bin Mohd Ramly, seterusnya kepada Pengarah ILP Kangar, En. Mohd Yusri bin Mohd Rahim.

WorldSkills Malaysia Belia ( WSMB ) 2022 Peringkat Pra Kelayakan

Written by Super User on . Posted in NEWS AND CURRENT ACTIVITIES

Selamat maju jaya  kepada Pengajar dan Pelajar ILP Kangar yang akan menyertai Worldskills Malaysia Belia 2022 Peringkat Pra Kelayakan

 

Bermula dari 4 Jun 2022 hingga 28 Jun 2022, 6 orang pelajar terdiri dari 1 wirawati dan 5 wira dari ILP Kangar akan menyertai Pra Kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022 merangkumi 3 bidang iaitu Welding, CNC Milling dan Mechatronics.

 

Pra Kelayakan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia ( WSMB )

 

Bidang : Welding (Akademi Binaan Malaysia, Terengganu)

Jurulatih : Ahmad Maliki bin Abu Thalib dan Azrel bin Mohamad Tahir

1. Muhammad Anas bin Zainal

2. Muhammad Afiq Zakwan bin Junaidi

 

 Bidang : CNC Milling (KKTM, Balik Pulau, Pulau Pinang)

Jurulatih : Ibrahimulkhoiri Bin Jaafar

1. Nurul Hidayah Binti Zamil

2. Mohamad Danish Ikhwan Bin Shahizan

 

Bidang : Mechatronics (German Malaysia Institute, Selangor)

Jurulatih : Anuar Amri bin Adzizan

1. Muhammad Syafiq Akmal Bin Mohd Asri

2. Muhammad Syafiq Bin Mohd Khamirol Hisham

 

Selamat maju jaya dan semoga beroleh kejayaan diucapkan untuk semua peserta dan jurulatih, SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK KITA.

 

" Be Inspired , Be Extraordinary , Be Worldclass with TVET "  

#KSM

#jtm

#ILJTM