BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

Lawatan Daripada Sekolah Menengah Syed Sirajuddin

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Pada Rabu 29/11/2023, ILP Kangar telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Syed Sirajuddin di bawah Program Promosi Kemasukan Bersasar Sekolah-Sekolah Ke ILP Kangar. Seramai 34 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dengan diiringi 5 orang guru telah diberikan taklimat oleh pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan (BPPL).
Seterusnya mereka dibawa melawat ke bengkel-bengkel yang dimulai dengan Bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Bengkel Teknologi Kimpalan, Bengkel Teknologi Fabrikasi Logam, Bengkel Teknologi Mekatronik dan Bengkel Teknologi Penyenggaraan Mekanikal.
Hasil daripada lawatan ini, kesemua pelajar dan guru telah diberi pendedahan secara langsung mengenai kemudahan dan peluang pengajian teknologi kemahiran di ILP Kangar. Di majlis penutup lawatan ini Guru Kanan yang menyampaikan ucapan terima kasihnya atas layanan dan pengalaman baik yang diterima telah berbesar hati melahirkan keinginan mempelbagaikan kerjasama dan menjadi sekolah feeder kepada ILP Kangar.
Pihak ILP Kangar mengucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian mengadakan lawatan serta mengalu-alukan kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih dan tahniah juga diberikan kepada kesemua pegawai yang terlibat dalam menjayakan Program Promosi Kemasukan Bersasar Sekolah-Sekolah Ke ILP Kangar.

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2023 ILP KANGAR

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

“Sukan menyatukan bangsa, Sukan memartabatkan warisan bangsa”
Hari Sukan Negara telah menjadi acara tahun di institut. Pada tahun ini Hari Sukan Negara telah disambut pada 31 Oktober 2023. Institut telah melakukan kelainan pada tahun ini di mana acara sukan dan permainan adalah bertemakan sukan tradisional. Antara sukan yang dipertandingkan adalah Sumpit belon air, Bowling kelapa,Batu Seremban Dan pundi kacang, Anak raja,Kelereng tayar pelekat,Tarik kain,Tempurung kelapa danTarik tali. Pada tahun ini juga buat julung kalinya agihan kumpulan peserta telah disusun secara rawak di mana setiap kumpulan terdiri daripada gabungan kakitangan dan pelajar dari pelbagai kursus. Gabungan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berkenalan dengan kakitangan dan pelajar dari bahagian yang lain termasuk kakitangan bahagian pentadbiran.Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu kumpulan merah, biru, kuning, hitam, putih, hijau, ungu, merah jambu, oren dan coklat. Acara sukan yang dipertandingkan telah berlangsung dengan sangat meriah dengan gelak tawa para peserta. Kesungguhan para peserta untuk menghabiskan pertandingan dengan menyelit aksi-aksi mengelat memeriahkan lagi suasana pada hari berkenaan. Dalam menyokong aspirasi perpaduan, sesungguhnya acara ini telah berjaya menyatukan pelajar dan kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pada masa yang turut memartabatkan warisan bangsa melalui permainan tradisional yang dipertandingkan.

Kursus Jangka Pendek CNC EDM Die Sinker dan Mesin CNC Grinding

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

Kursus Jangka Pendek di Bengkel Teknologi Pembuatan Pemesinan (CNC) untuk mesin CNC EDM Die Sinker dan Mesin CNC Grinding telah berlangsung selama 3 hari dari 10 Oktober 2023 hingga 12 Oktober 2023. Terdapat 30 pelajar dan 2 guru dari Kolej Vokasional Alor Star yang mengikuti kursus ini. Kursus Hands-On ini diajar oleh Encik Zulkarnain Bin Ibrahim, seorang pakar dalam bidangnya.