Lawatan Daripada Sekolah Menengah Syed Sirajuddin

Pada Rabu 29/11/2023, ILP Kangar telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Syed Sirajuddin di bawah Program Promosi Kemasukan Bersasar Sekolah-Sekolah Ke ILP Kangar. Seramai 34 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dengan diiringi 5 orang guru telah diberikan taklimat oleh pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan (BPPL).
Seterusnya mereka dibawa melawat ke bengkel-bengkel yang dimulai dengan Bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Bengkel Teknologi Kimpalan, Bengkel Teknologi Fabrikasi Logam, Bengkel Teknologi Mekatronik dan Bengkel Teknologi Penyenggaraan Mekanikal.
Hasil daripada lawatan ini, kesemua pelajar dan guru telah diberi pendedahan secara langsung mengenai kemudahan dan peluang pengajian teknologi kemahiran di ILP Kangar. Di majlis penutup lawatan ini Guru Kanan yang menyampaikan ucapan terima kasihnya atas layanan dan pengalaman baik yang diterima telah berbesar hati melahirkan keinginan mempelbagaikan kerjasama dan menjadi sekolah feeder kepada ILP Kangar.
Pihak ILP Kangar mengucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian mengadakan lawatan serta mengalu-alukan kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih dan tahniah juga diberikan kepada kesemua pegawai yang terlibat dalam menjayakan Program Promosi Kemasukan Bersasar Sekolah-Sekolah Ke ILP Kangar.