SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2023 ILP KANGAR

 

“Sukan menyatukan bangsa, Sukan memartabatkan warisan bangsa”
Hari Sukan Negara telah menjadi acara tahun di institut. Pada tahun ini Hari Sukan Negara telah disambut pada 31 Oktober 2023. Institut telah melakukan kelainan pada tahun ini di mana acara sukan dan permainan adalah bertemakan sukan tradisional. Antara sukan yang dipertandingkan adalah Sumpit belon air, Bowling kelapa,Batu Seremban Dan pundi kacang, Anak raja,Kelereng tayar pelekat,Tarik kain,Tempurung kelapa danTarik tali. Pada tahun ini juga buat julung kalinya agihan kumpulan peserta telah disusun secara rawak di mana setiap kumpulan terdiri daripada gabungan kakitangan dan pelajar dari pelbagai kursus. Gabungan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berkenalan dengan kakitangan dan pelajar dari bahagian yang lain termasuk kakitangan bahagian pentadbiran.Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu kumpulan merah, biru, kuning, hitam, putih, hijau, ungu, merah jambu, oren dan coklat. Acara sukan yang dipertandingkan telah berlangsung dengan sangat meriah dengan gelak tawa para peserta. Kesungguhan para peserta untuk menghabiskan pertandingan dengan menyelit aksi-aksi mengelat memeriahkan lagi suasana pada hari berkenaan. Dalam menyokong aspirasi perpaduan, sesungguhnya acara ini telah berjaya menyatukan pelajar dan kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pada masa yang turut memartabatkan warisan bangsa melalui permainan tradisional yang dipertandingkan.