BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

MAJLIS PENYERAHAN SAGUHATI KEPADA IMAM DAN BILAL SOLAT TARAWIH

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Pada hari ini, Selasa, 18/4/2023 telah berlangsung Majlis penyerahan saguhati kepada imam dan bilal solat tarawih serta petugas khidmat program tadarus. Saguhati disampaikan oleh Ketua Warden, Warden dan Presiden MPP ILP Kangar. Seramai 10 orang imam, 10 orang bilal dan 2 orang petugas khidmat program tadarus terlibat menerima sumbangan.

PROGRAM OPENING YOUNG EYES (OYEs)

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Program OPENING YOUNG EYES (OYEs) dianjurkan oleh Yayasan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) telah melawat ILP Kangar pada 9 November 2022. Seramai 40 orang pelajar sekolah menengah daripada 4 buah sekolah sekitar Perlis telah terlobat dengan lawatan ini. Empat buah sekolah tersebut ialah, SMK Beseri, SMK Abi, SMK Dato' Jaafar Hassan & SMK Tengku Sulaiman. Lawatan ini bertujuan memperkenalkan bidang-bidang yang ditawarkan di ILP Kangar.

Progam KJP Kolej Vokasional Alor Setar di ILP Kangar

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Progam KJP Kolej Vokasional Alor Setar di ILP Kangar. Seramai 28 pelajar dan 8 Guru terlibat mengikuti kursus CNC Milling pada 31/10 - 1/11/2022 dan CNC Grinding 2/11 - 3/11/2022 bertempat di Bahagian Teknologi Pembuatan Pemesinan (TPP). Pengajar terlibat adalah En Hasrol B Abdullah dan En Zulkarnain B Ibrahim. Penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh KJ Mekanikal Pengeluaran En Hafizudin B Sabri.

Promosi ILP di sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Promosi ILP di sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan sempena pameran STEM pada hari Selasa 8 November 2022 . Sempena Hari Anugerah Cemerlang, Kokurikulum dan Kerjaya SMK Dato' Jaafar Hassan pada 8 dan 9 November 2022 , seramai 6 orang kakitangan dan 5 orang pelajar dari kursus Teknologi Mekatronik dan Teknologi Kimpalan Fabrikasi Logam bersama bahan promosi masing-masing terlibat.

PROGRAM SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Pada 27 oktober 2022 telah diadakan Program Hari Sukan Negara peringkat ILP Kangar. Berbagai aktiviti dilaksanakan seperti merentas desa, sukaneka untuk kakitangan dan tarik tali untuk pelajar.