Pertandingan Koir Perpaduan Peringkat Negeri anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Perlis

Pasukan Koir Gemersik Suara ILP Kangar yang terdiri daripada gabungan kakitangan dan pelajar pelbagai kaum telah menyertai Pertandingan Koir Perpaduan Peringkat Negeri anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Perlis. Diadakan pada 20 Oktober 2022 bertempat di Auditorium KDN Negeri Perlis.

Di dalam pertandingan ini, Pasukan Koir Gemersik Suara ILP Kangar telah memenangi tempat ke 5 dengan hadiah wang tunai RM1000.00. Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan yang lebih gemilang di masa-masa mendatang.