BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN KURSUS TAHFIZ TVET

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

Majlis Perasmian Program Latihan Kemahiran Kursus Tahfiz TVET iaitu kursus asas pendawaian eletrik dan membaiki peralatan eletrik telah dijalankan pada 16 september 2023 di Bengkel Teknologi Mekatronik. Kursus ini telah disertai oleh 20 orang pelajar  dari Perlis. Kursus ini ditaja  oleh Pertubuhan Penggerak Hufazz Berkemahiran Selangor. Kursus dijalankan selama 4 hari iaitu pada 16-17 september dan 23-24 september 2023.

 

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

MERDEKA,MERDEKA MERDEKA!
Kalimah keramat bulan ini sempena bulan kemerdekaan disambut penuh penghayatan oleh ILP Kangar bersama-sama pelajar-pelajar kami. Pembukaan perasmian dilaksanakan pada 18.8.2023 dengan penuh kemeriahan dan semangat kenegaraan. Pembukaan bulan kemerdekaan dimulai dengan ceramah patriotik bertajuk " MEMBINA JIWA MERDEKA" yang disampaikan oleh Ustaz Nazri bin Kamaludin, Pengarah Akademi Seni Beladiri Abjad (ASBAB) merangkap Pengerusi Persatuan Seni Silat Asbab Kedah.
Ceramah kemerdekaan ini amatlah bermakna bagi memupuk semangat kemerdekaan didalam diri pelajar-pelajar di mana generasi muda ini yang rata-ratanya lahir 50 tahun selepas kemerdekaan. Inilah tanggungjawab kita demi mengekalkan semangat kemerdekaan dan kenegaraan untuk generasi akan datang agar tidak layu di telan arus pemodenan. Majlis diteruskan pula dengan persembahan seni silat oleh Akademi Seni Beladiri Abjad (ASBAB) yang terdiri daripada 30 orang peserta. Kemuncak acara pada majlis ini adalah persembahan sketsa kemerdekaan yang diakhiri dengan gimik pelancaran di mana Tuan Pengarah telah meletakkan bendera pada formasi tugu negara yang telah dijayakan oleh para pelajar ILP Kangar. Majlis telah diakhiri dengan kibaran jalur gemilang oleh semua tetamu dewan.
Pelbagai program dan pertandingan telah dihebahkan untuk penyertaan pelajar dan kakitangan ILP Kangar :
1. Deklamasi Sajak : Kategori Pelajar & Kakitangan
2. Sketsa : Kategori Pelajar
3. Nyanyian lagu kemerdekaan : Kategori Pelajar & Kakitangan
ILP Kangar amat menitikberatkan bukan sahaja kemahiran kepada pelajar-pelajar, ILP Kangar juga komited untuk membentuk sahsiah pelajar supaya lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan.
" MAlAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN , PENUHI HARAPAN "

Program Outreach TVET Madani

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Program Outreach TVET Madani, Jom Pilih Kemahiran Zon Utara pada 26 Julai 2023, bertempat di ILP Kangar, anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.