BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

PERHIMPUNAN PELAJAR DAN PENYAMPAIAN HADIAH KO-KURIKULUM

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

 

Tahniah kepada pemenang-pemenang aktiviti ko-kurikulum yang telah dijalankan. Sebanyak 12 pertandingan berjaya dipertandingkan. Antaranya ialah bola tampar lelaki, bola tampar perempuan, futsal, bola jaring, bola sepak padang, Sukaneka Perempuan, Badminton Beregu P, E-Sport PUBG, E-Sport Mobile Legend, E-Sport P.E.S, Virtual Run Lelaki dan Virtual Run Perempuan. Jutaan terima kasih dan kepada semua pihak (staf & MPP) yang terlibat bergading bahu bagi menjayakan aktiviti-aktviti ini. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Tuan Pengarah ILP Kangar, Encik Muhamad Nasir bin Samat dan Timbalan Pengarah Latihan, En Zamri bin Mansor.

Kursus Anjuran Kerjasama Antara MAIPs Dan ILP Kangar

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Kelas perantis CNC Milling diadakan di bengkel Pembuatan CNC pada Januari hingga Mac 2021. Program kursus anjuran kerjasama antara MAIP dan ILP Kangar. Pelajar terpilih dari kalangan asnaf Perlis bagi tujuan program perantis Pemesinan CNC. Selepas 3 bulan belajar, pelajar akan ditempatkan kerja di kilang pembuatan CNC di Penang.

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SESI 2/2021 KEPADA PELAJAR SEMESTER AKHIR

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Taklimat Latihan Industri Sesi 2/2021 telah dilaksanakan pada 16 April 2021 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) ILP Kangar kepada 70 orang pelajar semester akhir.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan awal kepada para pelajar semester akhir sebagai persediaan sebelum menjalani Latihan Industri. Dalam sesi taklimat ini, para pelajar didedahkan tentang prosedur, dokumen yang terlibat sepanjang tempoh Latihan Industri serta panduan mendapatkan tempat Latihan Industri yang bersesuaian dengan bidang.
Para pelajar diingatkan supaya memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang menjalani Latihan Industri dan menjadikan Latihan Industri sebagai batu loncatan dalam membina kerjaya di masa hadapan.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM CNC MILLING MACHINIST ILP KANGAR

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Program CNC Milling Machinist merupakan satu program kerjasama yang membuka peluang latihan kemahiran dan kerjaya kepada asnaf di negeri Perlis yang julung kali diadakan antara Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM), syarikat Leader Range Technology Sdn Bhd dan ILP Kangar. Ketiga-tiga entiti ini memberikan sumbangan besar melalui dana yang disalurkan oleh Akademi Transformasi Asnaf MAIPs, manakala syarikat Leader Range Technology Sdn Bhd pula menawarkan peluang kerjaya setelah peserta program ini menamatkan latihan selama tiga bulan di ILP Kangar.
Program ini dirangka untuk memberikan latihan kemahiran secara intensif dalam bidang teknologi pembuatan (pemesinan) khusus kepada operasi mesin CNC Milling yang mendapat permintaan tinggi daripada industri. Dalam tempoh tiga bulan pelaksanaan program CNC Milling Machinist ini, pelatih diberikan latihan teori dan praktikal secara latih tubi menggunakan mesin CNC Milling yang digunapakai oleh industri.
Satu Majlis Penutup telah diadakan bagi meraikan peserta, serta sebagai satu bentuk penghargaan kepada ATAM dan syarikat Leader Range Technology Sdn Bhd dalam menjayakan program CNC Milling Machinist ini.