BARITE TERKINI DAN AKTIVITI SEMASA

Tags: AKTIVITI SEMASA , BERITA,

Pelanjutan Tempoh Iklan Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bagi ILJTM

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Untuk  makluman, Ketua Pengarah JTM telah bersetuju bagi meluluskan pelanjutan *tempoh iklan* Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bagi ILJTM lagi *14 hari*. Urussetia tender JTM telah mengambil tindakan sewajarnya dalam sistem ePerolehan. Mohon kerjasama tuan/puan khususnya BPPA selaku focal point perolehan JTM jika dapat menyelaras pemakluman mengenai ini dalam laman web rasmi ILJTM   sebagai makluman kepada pembekal.

 

 

Notis Pemakluman

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

*NOTIS PEMAKLUMAN :*

 

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua sesi latihan ILJTM akan bermula semula seperti berikut:

 

*1.Negeri yang bekerja pada hari Ahad latihan akan mula pada 5 April 2020 (Ahad); dan*

 

*2. Negeri yang bekerja pada hari Isnin latihan mula pada 6 April 2020 (Isnin).*

 

*_Tertakluk pada arahan dari masa ke masa._*

 

Ketua Pengarah

Jabatan Tenaga Manusia

20 Mac 2020.

 

*Kongsikannya :*

 

https://bit.ly/2J1jfq3

Lawatan Dari ILP Kota Bahru

Ditulis oleh Super User on . Posted in BERITA DAN AKTIVITI SEMASA

Saru rombongan dari ILP Kota Bahru telah melawat ILP Kangar. Alhamdulillah rombongan ini tiba lebih kurang pukul 1.30 pagi Jumaat 6 Mac 2020. Mereka terdiri dari 26 pelajar lelaki dan wanita. Turut serta adalah 8 orang staf lelaki dan wanita.

Lepas solat subuh ada sesi berkongsi program kerohanian di surau antara Exco Kerohanian ILP Kangar dan Exco ILP Kota Bahru. Selepas itu sesi lawatan ke bengkel dan bersurai sebelum tengahari.