TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

 

A09 - Sijil Teknologi Fabrikasi Logam

PENGENALAN PROGRAM:

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

 

TEMPOH LATIHAN:

27 bulan

 

KELAYAKAN AKADEMIK: 

Warganegara Malaysia:

  • Boleh membaca, menulis dan mengira;
  • Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    • Bahasa Melayu;
    • Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    • Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/
  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);

Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).