LAWATAN KERJA DARI PEGAWAI CIAST

Pada 14 Jun 2022 seramai 8 orang pegawai dari CIAST ( Centre for Instructor and Advanced Skill Training ) telah membuat lawatan kerja ke ILP Kangar. Taklimat pembukaan telah diadakan di bilik mesyuarat oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Yusri bin Mohd Rahim. Kemudian Tuan Pengarah mengiringi para pegawai ini untuk sesi lawatan ke bengkel-bengkel. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan makan tengah hari. Pihak kami mengucapkan selamat datang kepada para pegawai dari CIAST kerana sudi membuat lawatan kerja ILP Kangar. Pihak kami sangat berbesar hati dengan kedatangan pegawai-pegawai dari CIAST ini.