PELEPASAN PESERTA KE PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2022

Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah telah berlangsung pada 3 Jun 2022 di Dewan Kuliah Utama bermula pukul 10 pagi. Antara agenda dalam majlis ini adalah penyampaian amanat pelepasan peserta ke pertandingan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022. Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul. Penganjuran pertandingan ini membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara. Seramai 6 orang pelajar akan mewakili ILP Kangar ke pertandingan ini dan diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Pelancaran logo baru ILP Kangar juga antara agenda yang terdapat dalam majlis ini. Logo yang baru ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat dan kerjasama dikalangan keluarga ILP Kangar. Sebelum Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah , juga berlangsung Majlis Membaca Surah Yasin Dan Doa Selamat sempena pelepasan peserta ke WSMB 2022 di bilik Mesyuarat Utama ILP Kangar. Pihak kami berharap para peserta akan mendapat pingat kemenangan dalam penyertaan WSMB 2022 ini.