Program Kembara Masjid & Bakti (KEMASTI 1.0)

Program Kembara Masjid & Bakti (KEMASTI 1.0) telah diadakan pada 31 Mac hingga 1 April 2018...Tentatif program adalah  menziarah ke Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Masjid Muhammadiah(Masjid Cina) di Ipoh dan Masjid As-Siddiq . Program gotong royong telah dilakukan di masjid As- Siddiq pada 1 April 2018 bersama-sama dengan kariah masjid. Program ini diteruskan menziarah Masjid Al Adly di Lumut dan berakhir di Masjid Andalusia di Laguna Merbok, Sg. Petani Kedah..Tujuan program ini diadakan pelajar bagaimana pengurusan sesebuah masjid dan kepentingan dalam institusi masjid.. Sumbangan sebanyak RM200 dalam bentuk barangan keperluan harian telah diserahkan pada Ust Hafiz, Timbalan Pengerusi Masjid Muhammadiah..