HIDDEN SENARAI PROGRAM

Secara umumnya, program yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kangar bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang kejuruteraan . Justeru itu, graduan kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari dengan cabaran wawasan 2020 yang menuntut  para graduan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.

Program ini dijalankan antara 12 bulan hingga 30 bulan termasuk 6 bulan Latihan Sambil Bekerja (OJT) bergantung kepada kursus yang dipohon. Di antara program-program sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kangar adalah:

 

TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL

TEKNOLOGI MEKATRONIK

TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN)

TEKNOLOGI KIMPALAN