HUBUNGI KAMI
Institut Latihan Perindustrian Kangar,
Padang Behor, Mukim Sena ,
01000 Kangar,
Perlis
Tel: 049777400
Faks: 049777663
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Institut Latihan Perindustrian Kangar,
Padang Behor, Mukim Sena ,
01000 Kangar,
Perlis
Tel: 049777400
Faks: 049777663
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Scan barcode di sini
SOALAN : APAKAH KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH ILP KANGAR ?
Jawapan :Terdapat 4 kursus yang ditawarkan iaitu :- 1. TEKNOLOGI PEMESINAN AM 2. TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM 3. TEKNOLOGI MEKANIK INDUSTRI 4. TEKNOLOGI MEKATRONIK 5. TEKNOLOGI KIMPALAN
SOALAN :APAKAH KELAYAKAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU MEMOHON UNTUK MENGIKUTI LATIHAN DI ILP KANGAR ? Jawapan : Kelayakan bagi pemohon ialah :- 1) Warganegara Malaysia 2) Lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur antara 17 hingga 30 tahun. 3) Kelulusan akademik bergantung kepada kursus yang dipohon.
SOALAN :SAYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN LATIHAN DI ILP KANGAR. DIMANAKAH DAN BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILP INI? Jawapan :P ermohonan boleh dibuat secara on-line dari laman web www.jtm.gov.my . Pemohon juga boleh menghubungi terus ILP Kangar jika terdapat pengambilan dalaman juga boleh semak laman web www.ilpkangar.gov.my dari masa ke semasa.
SOALAN :BERAPA BUAH ILP YANG TERDAPAT DI MALAYSIA? Jawapan :Terdapat 23 buah ILP , 8 buah ADTEC dan 1 JMTI di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia iaitu:- 1. ILP Prai 2. ILP Ipoh 3. ILP Kepala Batas 4. ILP Nibong Tebal 5 .ILP Kuala Lumpur 6. ILP Kuala Langat 7. ILP Pedas 8. ILP Bukit Katil 9. ILP Pasir Gudang 10. ILP Muar 11. ILP Kota Bahru 12. ILP Kuantan 13. ILP Kuala Trengganu 14. ILP Labuan 15. ILP Kota Kinabalu 16. ILP Kota Samarahan 17. ILP Sandakan 18. ILP Miri 19. ILP Kangar 20. ILP Jitra 21. ILP Selandar 22. ILP Mersing 23. ILP Ledang 24. ADTEC Kulim 25. ADTEC Taiping 26. ADTEC Shah Alam 27. ADTEC Batu Pahat 28. ADTEC Melaka 29. ADTEC Kemaman 30. ADTEC Bintulu 31. ADTEC Jerantut 32. JMTI
SOALAN :ADAKAH SIJIL LULUSAN ILP DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA? Jawapan :Sijil yang dikeluarkan oleh ILP diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) /Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) . Kebanyakan lulusan ILP tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
SOALAN :D IMANAKAH SAYA BOLEH MENYAMBUNG PELAJARAN SAYA SELEPAS TAMAT LATIHAN DI ILP? Jawapan :Anda boleh menyambung pelajaran ke Institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) dan Advanced Technology Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga keperingkat Diploma. Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute(GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran. |
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman portal Institut Latihan Perindustrian Kangar serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di laman portal ini.
Sekiranya anda mengakses laman portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Institut Latihan Perindustrian Kangar bagi akses dan / atau penggunaan laman portal ini.
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman portal ini. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kangar tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
Pautan Institut Latihan Perindustrian Kangar boleh menyediakan pautan kepada laman portal yang lain. Laman-laman portal tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Institut Latihan Perindustrian Kangar tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kangar tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kangar tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut. Penamatan Institut Latihan Perindustrian Kangar boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Anda bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kangar tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut. Perubahan Kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan Institut Latihan Perindustrian Kangar mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Institut Latihan Perindustrian Kangar mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini. Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan Institut Latihan Perindustrian Kangar mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kangar tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya. Umum Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah. |
Institut Latihan Perindustrian Kangar,
Padang Behor, Mukim Sena,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9777400
Fax : 04-9777663
Email : info.ilpkangar@jtm.gov.my
Waktu Operasi
8.00 pagi – 5.00 petang