PROGRAM CSR DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA YAYASAN KHAIRIAH, BALING, KEDAH

 
Pada 15 Julai 2022 beberapa orang kakitangan dan pelajar telah menjalankan Program CSR di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Baling, Kedah. Mereka bertolak ke destinasi dan sampai Lebih kurang pukul 9.30 pagi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan persekitaran sekolah dan juga membaiki peralatan elektrik yang rosak seperti kipas angin dan mesin basuh. Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur. Mereka bertolak pulang ke ILP pada pukul 4.30 petang. Kesimpulannya program ini adalah satu cara untuk menunjukkan rasa prihatin warga ILP kepada masyarakat yang terkesan akibat banjir.