PROGRAM LAWATAN SEKOLAH AGAMA AL-KHAIRIAH PEDU KE ILP KANGAR

 

Program Lawatan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Pedu, Kuala Nerang , Kedah , ke ILP Kangar pada 5 Julai 2022 iaitu hari Selasa bermula 9 pagi hingga 1 petang. Program bermula dengan sambutan ketibaan pihak sekolah di lobi pentadbiran. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar dan kehadiran para pegawai diambil di Dewan kuliah Utama. Majlis dimulakan dengan taklimat promosi di ILP Kangar. Majlis diteruskan dengan lawatan dan demo ke bengkel. Bengkel-bengkel yang terlibat adalah Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal, Teknologi Mekatronik, Teknologi Fabrikasi Logam dan Kimpalan, Teknologi Pembuatan dan Pusat Sumber. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada pihak sekolah dan akhir sekali majlis bersurai sekitar jam 1 tengah hari.