PROMOSI DI SEKOLAH NEGERI PERLIS

Sempena pengumuman keputusan SPM yang diumumkan hari ini , 16 Jun 2022, pihak kami telah membuat promosi ke sekolah-sekolah menengah terpilih di sekitar negeri Perlis dan Kedah. Kakitangan yang dilantik telah mengedar dan mengumpulkan borang kemasukan yang telah di isi oleh bakal pelajar . Data pelajar dan maklumat peribadi yang lengkap terutamanya nama , nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon ibu bapa akan disimpan supaya pihak BPPL boleh menghubungi semula pelajar berkenaan. Kami berharap dapat mengumpulkan permohonan sebanyak mungkin . Kami juga telah menyampaikan cenderahati kepada kaunselor sekolah-sekolah terbabit sebagai penghargaan atas kerjasama yang diberikan .