TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SESI 2/2021 KEPADA PELAJAR SEMESTER AKHIR

Taklimat Latihan Industri Sesi 2/2021 telah dilaksanakan pada 16 April 2021 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) ILP Kangar kepada 70 orang pelajar semester akhir.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan awal kepada para pelajar semester akhir sebagai persediaan sebelum menjalani Latihan Industri. Dalam sesi taklimat ini, para pelajar didedahkan tentang prosedur, dokumen yang terlibat sepanjang tempoh Latihan Industri serta panduan mendapatkan tempat Latihan Industri yang bersesuaian dengan bidang.
Para pelajar diingatkan supaya memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang menjalani Latihan Industri dan menjadikan Latihan Industri sebagai batu loncatan dalam membina kerjaya di masa hadapan.