ILP Kangar Membantu Memerangi Covid-19

 

Menyedari besarnya pengorbanan frontliners dalam memerangi Covid-19, ILP Kangar mengambil inisiatif bagi membantu frontliners dengan menghasilkan face shield. ILP Kangar menggunakan teknologi terkini iaitu teknologi 3D printing bagi penghasilan frame face shield. Inisiatif ini dibuat dengan kerjasama tenaga pengajar dari Teknologi Mekatronik iaitu En. Nasrul Lihisham bin Ahmad dan En. Khairul Anam bin Mohd Ali bersama  En. Zulhilmi bin Makhzani dari Unit CESS.

 

Alhamdulillah, pada 30 Mac 2020, 50 unit pertama face shield telah disumbangkan  kepada Klinik Kesihatan Arau. Diharapkan sumbangan kecil ini insyaAllah sedikit sebanyak membantu tugasan harian frontliners kita dalam memerangi wabak Covid-19 ini.

 

TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

 

’Bersama kita Perangi Covid-19’

 

#StayCalmStayHome

#ILPKangarPrihatin #JTMPrihatin #KSMPrihatin

#TVET #TVETMalaysia

#JTM #KSM

#ILJTM #ILP #ADTEC #JMTI