Institut Latihan Perindustrian Kangar
   
KURSUS SEPENUH MASA & JANGKA PENDEK  BP ICON

Buletin ILP Kangar

DASAR & OBJEKTIF KUALITI

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) adalah komited kepada pemberian perkhidmatan latihan kemahiran teknikal yang berkualiti melalui proses penambahbaikan yang berterusan untuk memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti, bagi memenuhi keperluan para penggunanya.

Objektif Kualiti:

  1. Memastikan peruntukan mengurus disalurkan ke ILJTM dalam tempoh dua (2) minggu selepas waran diterima daripada Kementerian Sumber Manusia.
  2. Memastikan semua kakitangan JTM mengikuti sekurang-kurangnya satu program peningkatan kemahiran pada setiap tahun.
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 85% dari perancangan latihan tahunan kakitangan dilaksanakan.
  4. Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam
  5. Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga;
  6. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil / diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat latihan;
  7. Memastikan Kadar kejayaan purata graduan bagi semua persijilan tidak kurang daripada 85% yang menduduki peperiksaan akhir;
  8. Memastikan tidak lebih daripada 10% pelajar dibenar melanjutkan latihan melebihi tempoh latihan yang ditetapkan;
  9. Memastikan kurikulum latihan kemahiran dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun;
  10. Mengiklankan maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di ILJTM selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum pengambilan;
  11. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat- lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
  12. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan kapasiti perancangan pengambilan pelajar setahun dicapai;
  13. Melaksanakan sekurang-kurangnya 24 aktiviti promosi latihan kemahiran setahun di setiap ILJTM;
  14. Memastikan aktiviti pemeriksaan keselamatan di bahagian-bahagian latihan dan premis  ILJTM dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan ILJTM;
  15. Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti berkaitan penyelidikan dan pembangunan keperluan latihan teknikal melalui soal selidik dalam setahun.

JTM komited untuk memastikan objektif kualiti tersebut di atas tercapai dan akan menilainya semula dari masa ke semasa.

PIAGAM PELANGGAN

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

PIAGAM PELANGGAN DAN STATISTIK

Komponen Teras

Membangun dan menjalankan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan negara dan perkembangan teknologi dan mengeluarkan tenaga mahir yang kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi.

Piagam Pelanggan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah:

  1. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
  2. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
  3. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;
  4. Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; dan
  5. Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.

 

Pencapaian Piagam Pelanggan ILP KANGAR Sehingga  31 Mac 2024

 

BIL Piagam Pelanggan Bahagian Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan Selesai Peratus Pencapaian
1 Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap. Pentadbiran 100 100 100%
2 Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja. Pegawai Aduan 1 1 100%
3 Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya. Pentadbiran 200 200 100%
4 Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan. UPP, BKKL Untuk Sesi 2/2023, Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan telah diadakan dan slip keputusan telah diedarkan pada  Untuk Sesi 2/2023, Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan telah diadakan dan slip keputusan telah diedarkan pada  100%
5 Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit. Pentadbiran 205 205 100%

JANJI KAMI

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

1. Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

2. Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.

3. Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.

4. Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan.

5. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.

 

STATISTIK PELAWAT

1437742
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
154
919
4858
1419933
35666
58988
1437742
Your IP: 3.141.41.187
2024-04-24 04:33

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kangar,

Padang Behor, Mukim Sena,

01000 Kangar, Perlis.

Tel : 04-9777400

Fax : 04-9777663

Email : info.ilpkangar@jtm.gov.my

Waktu Operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

LOKASI