Pada 17 Disember 2022, seramai 35 orang pelajar terpilih sebagai sukarelawan di Karnival Masjid Untuk Semua yang dianjurkan oleh Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kg Guar Syed Alwi, Kangar. Karnival bertujuan bagi menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa selain daripada fungsi masjid sebagai pendiri ibadah solat berjemaah dan penyebaran ilmu, masjid juga boleh berfungsi sebagai pusat kesatuan masyarakat daripada pelbagai lapisan.
Antara pengisiannya adalah berbentuk pertandingan seperti Pertandingan Azan, Tilawah Al Quran, Masakan Kerabu, Gubahan Pulut, Kuah Rojak dan Mewarna. Pengisian lain seperti Pameran Motosikal Klasik, Basikal Klasik, Basikal BMX, Skateboard, Bahaya Dadah, Tulisan Khat, Jilbab Muslimah dan Masakan Pelbagai Kaum. Turut diadakan Promosi Kemasukan ke ILKA, Minuman Coklat, Jualan Amal.
Perkhidmatan yang disediakan pula seperti Pemeriksaan Kesihatan, Pembaharuan Cukai Jalan, Khatan Kanak-kanak dan Derma Darah. Program seumpama ini memberikan pendedahan dan pengalaman yang amat baik kepada pelajar dalam memberi khidmat dan hidup bermasyarakat. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Tahniah diucapkan kepada kesemua pelajar yang terlibat sebagai sukarelawan berkenaan .