Pada 9 - 10 Disember 2022 telah diadakan Program Sambutan Hari AIDS Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perlis. Program ini merupakan anjuran Pertubuhan Kebajikan Teratak Kasih Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Penglibatan terdiri daripada 2 orang kakitangan dan 20 orang pelajar. Program bertujuan bagi memberi kesedaran berkenaan jangkitan, perawatan dan sokongan moral.
Program bermula dengan Ceramah Kesihatan oleh Dr Suhaila, Pakar ID HTF yang diadakan di Auditorium, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada keesokannya dijalankan Program Fun Walk di Denai Larian, Pengkalan Asam yang bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Selain daripada itu, program tersebut juga mengadakan aktiviti senamrobik, taklimat kecergasan dan pameran kesihatan AIDS.
Kesemua pelajar yang terlibat memainkan peranan yang sangat aktif. Ini termasuklah berani mengenengahkan diri dalam sesi soal jawab ceramah AIDS, mengungguli 5 kedudukan tertinggi dalam Fun Walk dan memenangi banyak cabutan hadiah bertuah. Tahniah diucapkan kepada semua pengiring dan pelajar yang terlibat.