Ahad, 17 Disember 2017 - 05:54 PM
|     A   A   A

Teknologi Komputer

Teknologi Komputer (Rangkaian) menawarkan kursus selama 2 tahun bermula daripada semester 1 sehingga semester 4 merangkumi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 Sijil Pembantu Juruteknik Komputer Rangkaian dan SKM tahap 3 Sijil Juruteknik Komputer Rangkaian. Kursus kemahiran ini dijalankan berteraskan 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori.
Para pelajar akan diberi pendedahan untuk merancang pelaksanaan dan penubuhan sistem rangkaian, pemasangan perkakasan dan perisian serta penyelenggaraan dan troubleshoot sistem komputer. Para pelajar juga didedahkan dengan sistem pengurusan dan dokumentasi rangkaian komputer di samping diperkenalkan dengan pengurusan isu-isu perundangan dan keselamatan sistem komputer.
Pelbagai kemudahan seperti bilik amali, bilik kuliah, makmal komputer serta persekitaran bengkel yang selesa disediakan bagi memudahkan para pelajar menjalankan pembelajaran teori dan amali dalam suasana yang kondusif.
Antara modul yang ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus ini adalah:
• Computer Network Fundamental
• Network Operating System
• Network Structured Cabling
• Wireless Network
• Computer Network Security
• Basic Electronic
• Fiber Network Cabling
• Ethernet Switching
• Project Management
• Procurement Management
• Fundamental of Programming
• Computer Network Maintenance
• Linux Essential

Pelajar lepasan sijil kemahiran kursus ini mempunyai peluang kerjaya dalam sektor perindustrian, pendidikan, kewangan , telekomunikasi , agensi kerajaan atau industri minyak dan gas sebagai Juruteknik Komputer Rangkaian, Eksekutif Sistem Komputer, Pembantu Pakar IT, Pegawai Khidmat Pelanggan, Pengajar ataupun Tutor.
Antara syarat-syarat kelayakan bagi mengikuti kursus ini ialah calon mesti:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur di antara 17 hingga 30 tahun dan
iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) dengan lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
Tempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini ialah 2 tahun. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 1 tahun 6 bulan dari semester 1 hingga 3 di institut dan pelajar perlu menjalani latihan industri selama 6 bulan pada semester 4.

Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com