HIDDEN UNCATEGORIZED

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang terlatih.
Dengan itu, kami berjanji:
• Membangunkan dan menjalankan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan negara dan perkembangan teknologi;
• Mengeluarkan tenaga mahir dan pensyarah yang kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi;
• Mengiklankan maklumat peluang latihan keahiran bagi kursus jangka panjang tiga minggu sebelum kursus bermula; dan
• Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam.

Untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Manusia, khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangan kami.