SOALAN LAZIM
   
KURSUS SEPENUH MASA & JANGKA PENDEK  BP ICON

Buletin ILP Kangar

 
 SOALAN : APAKAH KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH ILP KANGAR ?

Jawapan :Terdapat 4 kursus yang ditawarkan iaitu :- 

1. TEKNOLOGI PEMESINAN AM

2. TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM 

3. TEKNOLOGI MEKANIK INDUSTRI 

4. TEKNOLOGI MEKATRONIK 

5. TEKNOLOGI KIMPALAN

 

SOALAN :APAKAH KELAYAKAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU MEMOHON UNTUK MENGIKUTI LATIHAN DI ILP KANGAR ?

Jawapan : Kelayakan bagi pemohon ialah :- 

1) Warganegara Malaysia 

2) Lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur antara 17 hingga 30 tahun.

3) Kelulusan akademik bergantung kepada kursus yang dipohon. 

 

SOALAN :SAYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN LATIHAN DI ILP KANGAR. DIMANAKAH DAN BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILP INI?

Jawapan :P ermohonan boleh dibuat secara on-line dari laman web www.jtm.gov.my . Pemohon juga boleh menghubungi terus ILP Kangar jika terdapat pengambilan dalaman juga boleh semak laman web www.ilpkangar.gov.my dari masa ke semasa.

 

SOALAN :BERAPA BUAH ILP YANG TERDAPAT DI MALAYSIA?

Jawapan :Terdapat 23 buah ILP , 8 buah ADTEC dan 1 JMTI di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia iaitu:- 

1. ILP Prai 

2. ILP Ipoh 

3. ILP Kepala Batas 

4. ILP Nibong Tebal 

5 .ILP Kuala Lumpur 

6. ILP Kuala Langat 

7. ILP Pedas 

8. ILP Bukit Katil 

9. ILP Pasir Gudang 

10. ILP Muar 

11. ILP Kota Bahru 

12. ILP Kuantan 

13. ILP Kuala Trengganu 

14. ILP Labuan 

15. ILP Kota Kinabalu 

16. ILP Kota Samarahan 

17. ILP Sandakan 

18. ILP Miri 

19. ILP Kangar 

20. ILP Jitra 

21. ILP Selandar 

22. ILP Mersing 

23. ILP Ledang 

24. ADTEC Kulim 

25. ADTEC Taiping 

26. ADTEC Shah Alam 

27. ADTEC Batu Pahat 

28. ADTEC Melaka 

29. ADTEC Kemaman 

30. ADTEC Bintulu 

31. ADTEC Jerantut 

32. JMTI 

 

SOALAN :ADAKAH SIJIL LULUSAN ILP DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA?

Jawapan :Sijil yang dikeluarkan oleh ILP diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) /Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) . Kebanyakan lulusan ILP tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

 

SOALAN :D IMANAKAH SAYA BOLEH MENYAMBUNG PELAJARAN SAYA SELEPAS TAMAT LATIHAN DI ILP?

Jawapan :Anda boleh menyambung pelajaran ke Institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) dan Advanced Technology Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga keperingkat Diploma. Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute(GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

 

STATISTIK PELAWAT

1431348
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1437
1685
11415
1410309
29272
58988
1431348
Your IP: 3.144.187.103
2024-04-19 16:16

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kangar,

Padang Behor, Mukim Sena,

01000 Kangar, Perlis.

Tel : 04-9777400

Fax : 04-9777663

Email : info.ilpkangar@jtm.gov.my

Waktu Operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

LOKASI