PROGRAM CSR MISI ILP PRIHATIN BANTUAN MANGSA BANJIR DI BALING

 
Seramai 8 orang kakitangan dan 10 orang pelajar ILP Kangar telah menjalankan Program CSR Misi ILP Prihatin di rumah kakitangan yang terjejas akibat banjir yang melanda Baling kedah pada 13 Julai 2022 . Lokasi Program Misi ILP Prihatin ini adalah di Kampung Iboi, Kupang Baling, Kedah . Mereka bertolak dari pukul 8 pagi, mula melakukan kerja-kerja pembersihan pukul 10.30 pagi dan berakhir 4.30 petang.