PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR ANJURAN MARA NEGERI PERLIS

Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Anjuran MARA Negeri Perlis telah berlangsung pada 6 hingga 7 Julai 2022 bertempat di Dewan Warisan bermula 8 pagi hingga 5 petang . Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Turut membuat pameran adalah GIAT MARA, German Malaysian Institute, ILP Kangar. Pelajar ILP Kangar yang terlibat dalam perasmian adalah seramai 40 orang. Program ini bertujuan memberi info dan peluang laluan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi bersama MARA.