eKMK - ILP Kangar

PENGENALAN

Portal e-KMK ini diwujudkan bertujuan untuk memberi panduan kepada pelawat mengenai Kursus Meningkatkan Kemahiran (KMK) yang diadakan di ILP Kangar. Kursus Meningkatkan Kemahiran merupakan kursus jangka pendek yang dikhususkan kepada pekerja industri atau orang awam yang berminat ingin menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang kemahiran teknikal. Kursus ini dibahagikan kepada 6 bidang kemahiran utama iaitu Mekatronik, Elektronik, Fabrikasi Logam, Penyelenggaraan Mekanikal, Teknologi Maklumat dan Pemesinan CNC.

Melalui portal e-KMK ini pelawat boleh membuat pilihan kursus melalui senarai kursus mengikut bidang utama kemahiran yang disediakan. Sejajar dengan kemajuan bidang teknologi maklumat, portal ini direkabentuk khas bagi memudahkan para pelawat membuat carian kursus berpandukan kepada senarai kursus yang diwakilkan dengan imej visual. Imej visual dapat memudahkan pelawat untuk membuat pengecaman pantas mengenai sesuatu kursus tanpa perlu melihat tajuk yang disediakan. Walaubagaimanapun maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu kursus juga turut disediakan pada setiap tajuk kursus yang disediakan dan pelawat boleh terus membuat permohonan secara atas talian. Oleh itu buat para pelawat sekalian selamat membuat pilihan kursus yang dihajati.