12 Mac 2010 6:22:46



|
OBJEKTIF
Melahirkan tenaga pekerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
Meningkatkan kemahiran pekerja industri ke arah pembangunan negara.
Memudahkan para lepasan sekolah memperolehi pekerjaan dengan berbekalkan kemahiran perindustrian
yang sistematik.
MISI
Menggilap dan menigkatkan potensi rakyat Malaysia melalui pendidikan dan latihan teknikal yang sistematik
dan berteknologi terkini supaya kualiti kerja dapat dipertingkatkan.
VISI
Menjadi sebuah institut yang terunggul dalam pembangunan sumber manusia yang berkemahiran ,berdisiplin,
berketrampilan dan berdaya saing.
PIAGAM PELANGGAN
Kami diamanahkan untuk membekalkan tenaga mahir dan pengajar terlatih, menyediakan dan menerbitkan
maklumat pasaran buruh serta memberi khidmat pekerjaan & bimbingan kerjaya. Dengan itu:
Kami berjanji akan menyediakan program latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan negara dan
perkembangan teknologi semasa serta mengeluarkan pelatih-pelatih yang kompeten,berkualiti dan berhemah
tinggi melalui latihan yang sistematik dan berkesan.
Kami berjanji untuk mengiklankan maklumat peluang-peluang latihan yang dijalankan oleh institusi-institusi
latihan kami kepada masyarakat umum.Semua proses pengambilan pelatih-pelatih akan disempurnakan dalam
masa dua bulan dari tarikh iklan ditutup.
Kami berjanji untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan latihan kepada industri-industri kecil dan
sederhana.
Kami berjanji untuk mengeluarkan maklumat dan penerbitan pasaran buruh yang komprehensif dan berkualiti.
Laporan pasaran buruh berkala akan diterbitkan mengikut jadual.
Kami berjanji semua Jabatan Tenaga Manusia Negeri akan memberi khidmat sebagai pusat tumpuan sumber
maklumat, pasaran buruh, latihan dan pekerjaan.
Kami berjanji untuk membekalkan maklumat peluang-peluang pekerjaan kepada pencari kerja pada hari
mereka mendaftar.
Kami berjanji akan membantu majikan dalam urusan mendapat pekerja tempatan. Kami berjanji akan
memproses dan memberi keputusan ke atas semua permohonan lengkap untuk mendapatkan lesen agensi
pekerjaan swasta dalam tempoh dua bulan daripada tarikh permohonan diterima.
Dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Manusia, kecemerlangan dan
khidmat yang berhemah tinggi adalah pegangan kami.
|