11 Mac 2010 17:14:54



|
OBJEKTIF
Tujuan perpustakaan ILP Kangar ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan pelajar dan tenaga pengajar
di dalam penyediaan bahan bacaan. Di samping itu juga perpustakaan bertindak sebagai tempat penyimpanan
nota-nota dan kertas-kertas persidangan.
PERPUSTAKAAN INSTITUT
Perpustakaan Institut Latihan Perindustrian Kangar mula diwujudkan pada 1 Januari 2001. Ia mula beroperasi
sepenuhnya pada Januari 2002. Ia adalah perpustakaan khusus di bawah sistem gunasama.
PERKHIDMATAN
1. Menerima dan menjawab pertanyaan rujukan melalui telefon, telefaks, surat atau secara peribadi.
2. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
AKHBAR HARIAN
Akhbar-akhbar yang disediakan:
a)Berita Harian
b) Utusan Malaysia
c) New Strait Times
KERATAN AKHBAR
Keratan akhbar juga disediakan mengikut tajuk:
i. Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan di bawahnya.
ii. Ekonomi
iii. Komputer
iv. Pendidikan
v. Kebudayaan
vi. Keusahawanan
KOLEKSI
Koleksi ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu:-
- Koleksi Rujukan
Mengandungi terbitan dari luar negara. Terdiri daripada buku-buku teknikal contohnya
kejuruteraan, mesin, kamus, ensiklopedia, buletin, buku panduan dan kertas-kertas persidangan.
- Koleksi Pinjaman
Terdiri daripada buku-buku berbentuk bacaan ringan. Contohnya buku rekreasi dan buku-buku
sumbangan.Bahan-bahan dari bahagian rujukan dan sumbangan meliputi bidang perkara seperti berikut:
A - General works B - Philosophy, Psychology Religion
E - Geography-Anthropology- Recreation H - Social Sciences J - Political Science
K - Law L - Education N - Fine Art P -Language and Literature Q - Science
R - Medicine T - Technology V - Naval Science
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Khamis
0800 - 0900 - kerja-kerja perpustakaan
0930 - 1130 - perkhidmatan kaunter
1130 - 1230 - rehat
1230 - 1530 - perkhidmatan kaunter
1530 - 1630 - kerja-kerja perpustakaan
Jumaat
0800 - 0930 - kerja-kerja perpustakaan
0930 - 1215 - perkhidmatan kaunter
1215 - 1445 - rehat
1445 - 1630 - perkhidmatan kaunter
Alamat:
Perpustakaan
Institut Latihan Perindustrian Kangar,
Padang Behor, Mukim Sena,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-9794021 Fax:04-9777663
Pegawai Yang Bertanggungjawab:
1. Ketua Pusat Sumber Dan Komputer
2.Pn Sazalina Mohd
Yusof
|