12 Mac 2010 6:17:27



|
PUSAT SUMBER DAN KOMPUTER
Pusat Sumber Dan Komputer Institut Latihan Perindustrian Kangar menyediakan pelbagai maklumat dan
kemudahan untuk kegunaan pelajar dan juga pengajar. Di bawah Pusat Sumber ini juga tersedia pelbagai
kemudahan untuk kegunaan pelajar dan kakitangan seperti Bilik Animasi, Bilik Studio Dan Produksi serta
Bilik Kawalan. Pusat Sumber Dan Komputer ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
1) MAKMAL KOMPUTER
Pusat Komputer ILP Kangar mempunyai 2 buah makmal komputer yang dilengkapi dengan 80 buah
komputer. Kesemua komputer di makmal komputer ini dilengkapi dengan kemudahan talian sambung
ke internet. Ini memudahkan pengguna melayari Internet.Setiap makmal komputer ini boleh memuatkan
seramai 40 orang.
2) PERPUSTAKAAN
Perpustakaan ILP Kangar menyediakan pelbagai bahan untuk rujukan dan juga bahan bacaan untuk
pengguna. Antaranya adalah Buku Ilmiah,Majalah, Buku Cerita dan juga Buku Pengetahuan Am.
Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan sistem bar coding.
|