10 Mac 2010 20:54:32



|
LATAR BELAKANG INSTITUT
 |  |  | Institut Latihan Perindustrian Kangar didirikan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Institut ini ditubuhkan untuk memberikan latihan kemahiran secara formal kepada pemuda-pemudi, belia lepasan sekolah serta pekerja sektor industri. Institut Latihan Perindustrian Kangar terletak di Behor Pulai, sekitar 4 km dari Kangar.Institut ini adalah seluas 40.9 ekar dan berharga RM108.5million. Institut ini boleh memberi latihan kepada 600 orang pelajar pada satu masa. Institut Latihan Perindustrian Kangar menawarkan 6 kursus iaitu CNC Machining (Computer Numerical Control), Fabrikasi Logam, Elektronik Perindustrian , Instrumen Perindustrian, Automasi Perindustrian dan Teknologi Maklumat (Network). |
 |  | Penggunaan teknologi komputer akan meningkatkan latihan dan kemahiran. Kursus ini seiring dengan teknologi dan terkini bagi memenuhi permintaan industri semasa. Pensyarah berpengalaman bertanggung jawab terhadap latihan program dan mereka memiliki Ijazah dan Diploma dalam bidang kejuruteraan. |
|