08 Januari 2009 19:31:55
Skip Navigation Links
LAMAN UTAMA
MAKLUMAT INSTITUTExpand MAKLUMAT INSTITUT
KEMUDAHAN Expand KEMUDAHAN
MAKLUMAT KURSUS
PELAJARExpand PELAJAR
STATISTIK
KAKITANGANExpand KAKITANGAN
RANGKAIAN ILJTMExpand RANGKAIAN ILJTM
RANGKAIAN LUARExpand RANGKAIAN LUAR
E-MAIL KAKITANGAN
KO-KURIKULUM
SEMAK ONLINE
PERMOHONAN ONLINE
FUNGSI LUPUT
BORANG MUAT TURUN
SUKAN ILJTM 2008Expand SUKAN ILJTM 2008
HARI KELEPASAN AM
JADUAL PEMBAYARAN GAJI
SOALAN LAZIM





<January 2009>
SuMoTuWeThFrSa
28293031123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
1234567

 
Skip Navigation Links
MAILBOX
PETA LAMAN
ENGLISH VERSION

 Laporan Penuh Sukan ILJTM Semalaysia kali ke -X  2008 

 

 

 

 

  Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, maka dapatlah Institut Latihan Perindustrian Kangar    ( ILP Kangar ) menganjurkan Kejohanan Sukan ILJTM SeMalaysia Kali Ke-X pada tahun 2008 ini. Kejohanan Sukan ILJTM Semalaysia Kali Ke-X  2008 ini merupakan satu kejohanan sukan dwi-tahunan di mana buat pertama kalinya ILP Kangar telah diberi penghormatan dan kepercayaan sebagai tuan rumah untuk mengelolakannya.    

 

 

 

 

 Kejohanan sukan ini telah diadakan pada pada 17 Mei 2008 (Sabtu) sehingga 22 Mei 2008 (Khamis). Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Abdul Jamil Bin Saad , Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Perlis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena. Sementara itu majlis perasmian penutup pula dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Zaihan bin Shukri , Pengarah JMTI mewakili    Yang  Berbahagia. En. Romli bin Haji Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Bersandarkan kepada tema kejohanan pada kali ini ”Sukan Menjana Persahabatan”, semangat kerjasama serta hubungan silaturrahim yang terjalin di antara semua ILJTM merupakan matlamat utama dalam menjayakan kejohanan ini

PENDAFTARAN PENGINAPAN  

 

 

 

 

Semua peserta telah mendaftar pada 16  Mei 2008 (Sabtu) di Uitm Arau, Perlis. Pendaftaran bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 11.00 malam.    

 

TAKLIMAT SUKAN
Majlis taklimat ini telah diadakan pada 16 Mei 2008 jam 9.00 malam (Sabtu) bertempat di DKU  ILP Kangar. Majlis ini telah dipengerusikan  oleh En. Mohd Zamri bin Mansor ,Pengerusi Sukan ILJTM Semalaysia kali ke X 2008 . Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat terkini tentang sukan dan lain-lain perkara berbangkit.
MAJLIS PERASMIAN
 
Majlis perasmian telah diadakan pada 19 Mei 2008 9 (Isnin) bertempat di padang bola sepak ILP Kangar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Abdul Jamil Bin Saad , Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Perlis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena.
SUKAN BOLA SEPAK 
Acara sukan bolasepak telah diadakan di dua lokasi iaitu di ILP Kangar dan di Uitm Arau. Johan sukan bolasepak adalah  kontinjen ADTEC Batu Pahat, naib johan ADTEC Melaka, tempat ke-3  ILP Kuala Trengganu dan tempat ke-4 ILP Jitra.
SUKAN BOLA JARING
Acara sukan bola jaring telah diadakan  di ILP Kangar . Johan sukan bola jaring  adalah  kontinjen ADTEC Kulim , naib johan ILP Kuala Langat, tempat ke-3  CIAST dan tempat ke-4 ILP Kuala Lumpur.
SUKAN BOLA TAMPAR WANITA
Acara sukan bola tampar wanita telah diadakan di Uitm Arau. Johan suka bola tampar wanita adalah  kontinjen ADTEC Melaka, naib johan ILP Kuala Langat, tempat ke-3  ILP Jitra  dan tempat ke-4 ILP Kuala Lumpur.
SUKAN BOLA TAMPAR LELAKI
Acara sukan bola tampar lelaki  telah diadakan  di Uitm Arau. Johan sukan bola tampar lelaki adalah  kontinjen ILP Kuala Lumpur, naib johan ILP Kota Bharu, tempat ke-3  JMTI dan tempat ke-4 ADTEC Kulim.
SUKAN SEPAK TAKRAW
Acara sukan sepaktakraw telah diadakan  dan di Politeknik Perlis. Johan sukan sepaktakraw  adalah  kontinjen ADTEC Batu Pahat, naib johan ADTEC Shah Alam, tempat ke-3  ILP Bukit Katil dan tempat ke-4 ILP Pedas.
SUKAN BADMINTON LELAKI
Acara sukan badminton lelaki  telah diadakan  di Uitm Arau. Johan sukan badminton lelaki  adalah  kontinjen ILP Kota Bharu, naib johan ADTEC Kulim, tempat ke-3  JMTI  dan tempat ke-4 ILP CIAST.

SUKAN BADMINTON WANITA
Acara sukan badminton wanita  telah diadakan  di Uitm Arau. Johan sukan badminton wanita   adalah  kontinjen ILP Kuala Trengganu, naib johan ADTEC Melaka, tempat ke-3  JMTI  dan tempat ke-4 ADTEC Batu Pahat.

SUKAN PING PONG LELAKI
Acara sukan ping pong lelaki  telah diadakan  di ILP Kangar . Johan sukan ping pong lelaki  adalah  kontinjen ILP Kuala Trengganu, naib johan ADTEC Batu Pahat, tempat ke-3  CIAST  dan tempat ke-4 ADTEC Shah Alam.
SUKAN PING PONG WANITA
Acara sukan ping pong wanita  telah diadakan  di ILP Kangar . Johan sukan ping pong wanita  adalah  kontinjen ILP Kangar, naib johan ADTEC Shah Alam, tempat ke-3  ILP Kuala Lumpur  dan tempat ke-4 ILP Jitra.
SUKAN TARIK TALI
Acara sukan tarik tali   telah diadakan  di ILP Kangar . Johan sukan tarik tali   adalah  kontinjen ADTEC Shah Alam, naib johan ILP Jitra, tempat ke-3  CIAST  dan tempat ke-4 ILP Kuala Lumpur.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Majlis perasmian telah diadakan pada 22 Mei 2008  (Khamis) bertempat di padang bola sepak ILP Kangar. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Zaihan bin Shukri , Pengarah JMTI mewakili    Yang  Berbahagia En. Romli bin Haji Hassan , Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Semoga berjumpa lagi di Sukan ILJTM Semalaysia kali ke 11 2010 di ILP Pedas.  Selamat Maju Jaya, "Sukan Menjana Persahabatan".




Dasar Privasi| |Dasar Keselamatan| |Notis Hakcipta