11 Mac 2010 17:14:22
Skip Navigation Links
LAMAN UTAMA
MAKLUMAT INSTITUTExpand MAKLUMAT INSTITUT
KEMUDAHAN Expand KEMUDAHAN
MAKLUMAT KURSUSExpand MAKLUMAT KURSUS
KURSUS SEPENUH MASA
KURSUS JANGKA PENDEK
BORANG KURSUS JANGKA PENDEK
PELAJARExpand PELAJAR
KAKITANGANExpand KAKITANGAN
RANGKAIAN ILJTMExpand RANGKAIAN ILJTM
RANGKAIAN LUARExpand RANGKAIAN LUAR
E-MAIL KAKITANGAN
KO-KURIKULUM
FUNGSI LUPUT
BORANG MUAT TURUN
SUKAN ILJTM 2008Expand SUKAN ILJTM 2008
HARI KELEPASAN AM
JADUAL PEMBAYARAN GAJI
SOALAN LAZIM
 
Kempen Derma Darah telah di adakan pada 12 Feb 2010 di Dewan Serbaguna, ILP Kangar. Sebanyak 82 pain darah berjaya dikumpulkan dari 88 orang penderma oleh pihak Hospital Tunku Fauziah.


Kursus Aplikasi Komputer Bagi Ahli Jawatankuasa Komuniti Institut sedang diadakan pada 23 dan 24 Feb 2010 bertempat di Makmal Komputer 1 , Pusat Sumber dan Multimedia, ILp Kangar


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H akan diadakan seperti maklumat seperti berikut
Tarikh:25 Februari(Khamis)
Masa:10.15 pagi-1.00 tengahari
Tempat:Dewan Kuliah Utama
Facebook JTM





<March 2010>
SuMoTuWeThFrSa
28123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031123
45678910

 
Skip Navigation Links
MAILBOX
PETA LAMAN
ENGLISH VERSION

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 


Institut Latihan Perindustrian Kangar yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar Kangar
hanya mengambil masa 5 minit perjalanan. Ini memudahkan para pelajar untuk keluar membeli barangan keperluan
dan sebagainya memandangkan terdapat banyak kemudahan-kemudahan asas di pusat bandar Kangar
seperti pejabat pos, pusat membeli-belah, stesen bas, stesen minyak, kedai runcit, bank, kedai buku
dan sebagainya. Berdekatan dengan ILP Kangar juga terdapat kedai-kedai makan, stesen minyak, masjid dan
sebagainya di samping kemudahan pengangkutan awam di mana terdapat sebuah pondok perhentian bas disediakan
di depan pintu masuk ILP Kangar bersebelahan jalan utama. Antara kemudahan yang disediakan
di ILP Kangar ialah :-

Asrama
Terdapat 3 blok asrama di ILP Kangar iaitu 2 blok untuk asrama lelaki dan 1 blok untuk
asrama perempuan. Dua blok asrama lelaki tersebut mempunyai sebanyak 40 buah bilik dan mempunyai
3 paras serta boleh menampung seramai 240 orang. Manakala sebuah blok lagi mempunyai 20 buah
bilik dan mempunyai 2 paras serta dapat menampung seramai 120 orang.
Dewan Makan dan Surau
Selain daripada itu asrama juga dilengkapi dengan kemudahan bilik rekreasi, bilik belajar, bilik sakit,
telefon awam, surau, dewan makan, tempat rehat, mesin minuman tin dan
penyejuk air ( water cooler).
Dewan Serbaguna (Badminton, Sepaktakraw dan Ping-pong)
Untuk kegiatan riadah pelajar pula, kemudahan padang permainan disediakan di mana
terdapat padang bola sepak, gelanggang tenis, takraw, bola tampar dan bola jaring.
Di samping itu juga terdapat kemudahan dewan serbaguna untuk para pelajar
menjalankan aktiviti permainan "indoor game" seperti ping pong, badminton dan sebagainya.
Dewan Kuliah Utama
Dewan ini selalunya digunakan untuk majlis rasmi sahaja. Dewan ini dilengkapi dengan
penghawa dingin, sistem audio yang canggih, pentas utama dan kerusi lembut. Dewan ini kelihatan
seperti auditorium.Terdapat satu bilik kawalan bagi membolehkan kawalan audio dan projektor
dibuat di situ tanpa mengganggu penonton. Dewan ini juga sering digunakan oleh
jabatan kerajaan yang lain untuk kegiatan-kegiatan rasmi.

Dasar Privasi| |Dasar Keselamatan| |Notis Hakcipta